Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

Jom Join!

Assalamualaikum w.b.t
Semalam cuti g check baby
alhamdulillah baby ok
darah naik 10.6mgh..alhamdulillah hasil makan produk shaklee...

Pas je check baby around 10.30am
dh xtahu nak watpe
terus g jalan2 kat pekan kampung
singgah sat g kedai buku nmpk majalah PA & MA
sejak diisytiharkan mengandung...hahahaha
mmg setiap bulan akan beli buku PA & MA

sekali belek2 ternmpk contest ni..
hahahahaha ape lagi cubela
nak dijadikan cerita
tilam for my baby xde lagi..
so kire mencuba nasib la ni...
Hope boleh terpilihla.....

Then google la tgk blog penganjur..
wah cantek2 hadiahnya.... 

Berangan ok lau terpilih
kita nak pilih hadiah dibwh

.
.
.
.
.
.
.
.
Baby Mattress
(included 1 pillow + 2 bolsters)
floor size: 27 x 37 inches
material: 100% kapok + grade AAA cotton

code: BT81TL
price: RM150.00



Ataupun
.
.
.
.
.
.
.
.
PlayPan
(included 1 pillow + 2 bolsters)
size: 29 x 39 inches
material: 100% kapok + grade AAA cotton

code: BT84PP
price: RM290.00

ko tgk harge dier...ratus beb...
hahahaha ni produk 100% Kekabu...bgus mmg nak beli tilam kekabu pun
lau dpt la alhamdulillah rezeki ko sayang.....

okla
sambung keje..
p/s: lagi sebulan je baby kite akan keluar dr perut ibunya...sgt2 berdebar2....


 Leave your comment if you like my writting

Jangan sampai Kita Lupa!!

Assalamualaikum w.b.t 
 Leave your comment if you like my writting

Ilmu....

Assalamualaikum w.b.t


 Oleh Ustazah Siti Nur Bahiyah
Bagus tau buku ni tuk wanita yg sedang hamil mcm kite ni
Harge dier: RM19.90
kat Popular 

Oleh: Pn Suraya Lunatos
Buku ni kite xbeli lagi,coming soon
Harge: RM15.90 
mungkin bli kat Pn.Suraya,tgh tgu cnfrm email drnya...

Sekarang ni,nak cr buku nama-nama anak..
Tgh deal dgn orgnya jugak ni
Harge: RM10

yg ni pn same jugak ugh deal
RM12.90

dua buku ni miza nak beli online

so esok miza egat nak g Popular cr lagi...
mcm xpuas hati bler kite jumpe 1 name tp maksudnya xde pulak...
puas dh google...hahhahahaha
xsalahkan lau kite berusaha cikit...lagi pun buku ni xdela mahal sgt...





 Leave your comment if you like my writting

5biji pagi 3biji petang

Assalamualaikum w.b.t
Dah kate mengandung,maka kne makan ubatla kan..
maka nila ubat2 yg kite duk makan ari2..
5biji pagi sahaja
petang 3biji je....sb ubat yg warna kuning tu makan 1kali sehari

Okla cite cikit ubat2 ni n fungsinya ape ya...
Dr atas kiri: Namenya Ostematrix
Fungsinya: Mengurangkan kekejangan kaki/tangan semasa hamil...

SEBAB BERLAKU KEJANG KAKI
Kenapa perkara ini boleh berlaku? Antara teori yang dapat disimpulkan adalah kerana:1. Ibu hamil kekurangan KALSIUM & MAGNESIUM yang diperlukan. Terutamanya ibu hamil yang culas meminum susu >_<2. Nutrien yang diserap oleh ibu hamil dikongsi bersama baby yang dikandungnya.3. Rahim anada yang semakin membesar memberi tekanan kepada otot kaki anda & menyebabkan kaki kejang.


SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK MERAWAT KEJANG KAKI
Tentu sekali OSTEMATRIX dr Shaklee. Ia adalah vitamin organik yang terdiri daripada kalsium, magnesium, vitamin D & sebatian lain yang boleh seimbangkan keperluan wanita ketika hamil. sebiji Ostematrix = segelas susu = 80 bj badam


Dari atas Kanan: Vita-Lea
Fungsinya: Kite ni mmg darah rendah...setiap kali jumpe je nurse confrm kene marah...
maka xley tahan kite googlela internet then terjumpe produk ni...
Alhamdulillah naik darah kite dr 9.2mgh ke 10.2mgh.....masih dlm keadaan xok tp kire naik la jugak...nsyALLAH 3hb april nak g check baby,tgk hasilnya mcm mana ye...

Apakah HB Rendah/Anemia?

Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin.


Punca HB Rendah

Ada beberapa sebab terjadinya masalah ini ketika hamil. antaranya ialah:
  • Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
  • Ibu yang kerap hamil 
  • pendarahan dari faraj atau buasir
  • lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman

Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah

  • Kulitnya kelihatan pucat
  • Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
  • Rasa cepat letih dan lesu
  • Cepat mengah
  • Jantung cepat berdebar-debar

Akibat daripada HB Rendah

  • Mungkin mengalami keguguran
  • Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
  • Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Anak mati dalam perut

Produk ni kite beli kat kawan kite di
Name beliau: Ms.Maria Awi


Dari bawah Kanan: Asid Folic
Fungsinya: Vitamin B9 untuk membentuk saraf tunjang bayi 

Dari Bawah Kiri: B Complex
Fungsinya:Pembentukan dan aktiviti sel Genetik serta mencegah anemia...

Yg ni kite dpt kat hospital..

Nape kite xgune produk shaklee terus
kite bru tahu produk ni hasil dr dating dgn en.Google
so ubat asid folic n B'Complex ni byk lagi dlm stock...
so 2 jenis ubat ni sgt2 penting bg kite kerana dh xtahan nak kne marah & sakit kekejangan tiap2 malam..so kite wat la cara mcm ni...

NsyALLAH set bersalin nanti kite akan gune produk Shaklee ni
Yg jamu tu nanti kite beli rempah mandian,bengkung,pilis,param,ubat periuk jela...
yg lain semua dh ade dlm ni...kalau boleh kite nak elakkan dr makan jamu....
xde reason nape kite kite xnak makan jamu...mungkin kite xsuke makan ubat...
khasiat jamu pun dh ade kat dlm vitamin....so nak makan jamu lagi ke?



Kite mmg dh ade niat mmg nak menyusukan anak kite selame boleh yg kite mampu..
kite bc byk info ttg kebaikkan menyusu kepada baby n ibu...so kite dh berniat n ckp kat bie nak menyusukan baby ni...doakan ye...
so kite akan produk ni....hasi servey di internet alhamdulillah semuanya positif....harap2nya semoga air susu ni mencurah2 mcm mereka yg pernah gune produk ni...

Bg mereka yg ade masalah same mcm kite bolehla dpt produk shaklee ni or sms terus dgn akak Maria di Fb dier ye....

bye..


 Leave your comment if you like my writting

Wajarkah Si Suami Teman Isteri Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?


Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)


Credit: Mommy Iskandar

Alhamdulillah bie nak meneman miza time bersalin nanti nsyALLAH.....2 Mei 2013 g kursus meneman....rasa xsabar nak g kursus tp takut pun ade.....huhuhuhu...
Harap2 semuanya selamat.....
 Leave your comment if you like my writting

Baby doing!

Assalamualaikum w.b.t 
Minggu ni baby dh byk bergerak
baby sgt aktif pada sblh malam...
kdg2 ganggu miza tido jugak...huhuhuhu

so miza rasa my baby menari-menari di dalam perut..hehehhee
sayang anak ibu.....

tq Mommy Iskandar----> kat cini pun byk info ttg ibu mengandung,bersalin n tips2...
 Leave your comment if you like my writting

Lunatos Promosi!

Assalamualaikum w.b.t

bace kisah kite ni dulu
then tgk Facebook diorang pulak



Ade terfikir nak ajak bie pergi....
nsyALLAH sampai ye..
so kepada bakal-bakal ibu jgn ketinggalan bershopping tp BAJU sahaja ye bukan Cloth Diaper ye...

for more info


See u....
Happy Shoping....
 Leave your comment if you like my writting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...